YAN: Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, ditemui hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, mengesahkan mayat mangsa ditemui selepas hilang susulan kejadian berkenaan yang berlaku sekitar 4 petang pada Rabu.
Menurutnya, mangsa, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28 tahun, ditemui kira-kira jam 3.10 petang pada Khamis di KEDA Sungai Udang, Yan selepas pihaknya memperluaskan kawasan pencarian mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang.
Tambah beliau, penemuan berkenaan menjadikan jumlah mangsa yang ditemui maut dalam kejadian akibat kepala air dan tanah runtuh di sekitar kawasan Gunung Jerai kepada empat orang.
Jumlah mangsa yang disahkan hilang ketika ini pula adalah sebanyak dua orang manakala seorang mangsa ditemui cedera.
Abdul Wahab menjelaskan, mangsa yang masih hilang di kawasan Titi Hayun dikenali sebagai Riduan manakala mangsa yang hilang di kawasan Salak Denai dikenali sebagai Ku Shuib.
BACA: Banjir Yan: Operasi mencari mangsa hilang diteruskan pagi ini
BACA: Bencana Gunung Jerai: Hanya mampu lihat mangsa hanyut depan mata
BACA: Bencana Gunung Jerai: JBPM Kedah pergiat operasi bantu mangsa tanah runtuh, banjir kilat
"Terbaru (yang sudah) dapat dikesan (pihak bomba) ialah mangsa hilang (yang) keempat (iaitu) Faizal Zohir, berumur 28 tahun, Melayu, (yang) ditemui 3.10 petang, pada hari ini. Lokasi ditemui (adalah di) KEDA Sungai Udang,
"Mangsa yang baru ini ditemui Unit K9, (mangsa ditemui di kawasan yang dalam) keadaan berlumpur, (selain) batu licin, proses menyelamat (mangsa) yang cedera sebelum itu (dilakukan) di bawah timbunan kayu yang memerlukan kita potong guna chainsaw selain dalam keadaan gelap, (dan) perlukan pencahayaan, tetapi (akhirnya kita) dapat juga selamatkan mangsa tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, proses pengesanan dan pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang akan dilaksanakan dengan memperluas kawasan pencarian iaitu dengan tambahan dua lagi unit anjing pengesan (K9) selain menggerakkan unit dron bagi memantau pencarian dari udara.
Beliau turut menyatakan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak JBPM diperkuatkan dengan kekuatan 71 pegawai dan anggota yang dibahagikan kepada dua sektor pencarian.
Abd Hadi Che Awang
Thu Aug 19 2021
Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, ditemui hari ini. - Astro AWANI
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Penduduk Yan trauma selepas tiga kali berdepan banjir dalam tempoh dua bulan
Banjir kilat terbaharu yang melanda kampung di sekitar daerah Yan semalam membuatkan penduduk bertambah trauma setelah berhadapan situasi itu sebanyak tiga kali.
Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, ditemui hari ini.